CIKGU ROSSA
Thursday, August 29, 2019
Friday, July 19, 2019
NOTA TAMBAHAN NOVEL
Novel
Justeru Impian di Jaring : Nilai (Novel Tingkatan 3)
Nilai
Kegigihan. Contohnya, Syahir dan rakan-rakannya gigih berlatih untuk
mengharungi kejohanan Terbuka Johor dan Kejohanan Badminton Antarabangsa di
Jakarta.
Bertanggungjawab. Contohnya, Haji Marzuki dan Mas Suparman telah melatih
pemain badminton skuad kebangsaan dengan penuh tanggungjawab.
Keberanian. Contohnya, tindakan Wan Najlah memakai tudung dan seluar
panjang semasa berlatih di kem latihan wanita telah membuktikan bahawa dia berani
melakukan perubahan untuk menutup aurat seperti yang pernah dikatakan kepada
Syahir.
Kasih sayang. Contohnya, Kak Uda sanggup menjaga emak yang menghidap
strok dengan mengambil cuti.
Simpati. Contohnya, Syahir bersimpati terhadap nasib rakyat Palestin yang
ditindas oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel.
Keyakinan. Contohnya, Haji Marzuki telah berjanji kepada pihak PBSM
bahawa dia akan meletakkan jawatan sebagai jurulatih sekiranya Syahir gagal
menjuarai kejohanan dunia kerana dia yakin Syahir akan berjaya memenanginya.
Ketegasan. Contohnya, Syahir tetap dengan pendiriannya untuk menutup
aurat semasa bermain badminton walaupun sesetengah pihak tidak bersetuju pada
mulanya dan ada yang melabelkan dia sebagai muslim yang konservatif serta
‘kepala batu dari hulu.’
Pengajaran
§ Kita hendaklah mengingati pesanan yang baik yang disampaikan oleh
seseorang. Contohnya, Syahir sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya agar
memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara serta memelihara syariat dalam
bersukan.
§ Kita haruslah berani untuk menyatakan pendapat. Contohnya, Syahir berani
menyatakan pendapatnya bahawa dia tidak bersetuju dengan tindakan pihak PBSM
yang tidak menggunakan ranking dunia
dalam pemilihan pemain bagi kejohanan dunia di Jakarta. PBSM telah menukarkannya
kepada prestasi semasa Kejohanan Terbuka Johor untuk pemilihan mewakili negara.
§ Kita mestilah berpendirian teguh dalam melakukan sesuatu. Contohnya,
Syahir tetap dengan pendiriannya untuk menutup aurat semasa bermain badminton
walaupun sesetengah pihak tidak bersetuju pada mulanya dan ada yang melabelkan
dia sebagai muslim yang konservatif serta ‘kepala batu dari hulu.’
§ Kita hendaklah berfikiran positif terhadap sesuatu perkara. Contohnya,
Syahir hanya tersenyum dan mengambil positif kritikan Engku Aiman yang
mempertikaikan permainannya yang dikatakan agak lembap, kelam-kabut, dan mudah
terikut-ikut rentak lawan. Engku Aiman menganggap Syahir tidak mampu melawan
pemain dari China.
§ Kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap orang lain. Contohnya,
Engku Aiman dan Syed Amiri telah memandang rendah akan keupayaan Syahir untuk
mara ke Kejohanan Badminton Kebangsaan di Jakarta.
Tuesday, February 19, 2019
SENARAI PERIBAHASA (PERUMPAMAAN DAN PEPATAH) YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 1 hingga 3
BIL
|
PERUMPAMAAN/
PEPATAH
|
MAKNA
|
1
|
Air beriak
tanda tak dalam
|
Banyak
bercakap tanda tiada berilmu.
|
2
|
Alang-alang berminyak biar licin
|
Berbuat
sesuatu jangan kepalang tanggung.
|
3
|
Alang-alang
menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
|
Kalau sudah
terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.
|
4
|
Ayam di kepuk
mati kelaparan, itik di air mati kehausan
|
Sangat
menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan
orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.
|
5
|
Bagai air
mencari jenisnya
|
Berusaha untuk
mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih
payah.
|
6
|
Bagai ayam disambar
helang
|
Mati tanpa
sakit.
|
7
|
Bagai cendawan
tumbuh selepas hujan
|
Terlalu banyak
pada sesuatu masa.
|
8
|
Bagai cincin
dengan permata
|
Pasangan
pengantin yang sepadan.
Contoh ayat:
Suami isteri itu sama cantik sama padan seperti cincin dengan permata.
|
9
|
Bagai kerakap
tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu
|
Hidup dalam
kemelaratan.
Kerakap
sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.
|
10
|
Bagai
layang-layang putus tali
|
Tiada
berpedoman. @ sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.
|
11
|
Bagai menatang
minyak yang penuh
|
Memelihara
anak dengan penuh kasih sayang.
|
12
|
Bagai minyak
dengan air
|
Orang baik
kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.
|
13
|
Bagai murai
dicabut ekor
|
Orang yang
suka bercakap.
Perempuan yang
suka bercakap banyak.
Contoh ayat:
Suasana di dalam kelas 3P2 riuh oleh suara Nadiah yang becok bagai murai di-
cabut ekor.
|
14
|
Bagai pucuk
dilancarkan
|
Amat cepat.
|
15
|
Bagaimana
acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya
|
Perangai anak
biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.
|
16
|
Baik membawa
resmi padi daripada resmi lalang
|
Tidak sombong;
rendah diri.
|
17
|
Belayar sambil
memapan, merapat sambil belayar
|
Sesekali
melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
|
18
|
Belum duduk
sudah berlunjur
|
Belum
memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih
dulu.
|
19
|
Berat mata
memandang berat lagi bahu memikul
|
Betapa berat
kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan
itu pada orang yang menanggungnya.
|
20
|
Berjagung-jagung
dahulu sementara padi masak
|
Sementara
menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.
|
21
|
Biar jatuh
terletak, jangan jatuh terhempas
|
Lebih baik
menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.
|
22
|
Biar mati anak
jangan mati adat
|
Adat yang
tidak boleh dilanggar.
|
23
|
Biar putih
tulang jangan putih mata
|
Lebih baik
mati daripada menanggung malu.
|
24
|
Carik-carik
bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga
|
Perselisihan
faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan
berbaik semula.
|
25
|
Diam-diam ubi
berisi; diam-diam besi berkarat
|
Orang berilmu
yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
|
26
|
Diibaratkan
sebagai condong ditumpil, lemah dianduh
|
Memberi
pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.
|
27
|
Dimana ada
kemahuan, disitu ada jalan
|
Seseorang yang
bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.
|
28
|
Genggam bara
api biar sampai jadi arang
|
Membuat
sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.
|
29
|
Harimau mati
meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama
|
Orang baik
meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Setiap manusia
akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.
|
30
|
Hendak belajar
berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
|
Hendak
mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang
sesuatu perkara itu.
|
31
|
Hendak seribu
daya tak hendak seribu dalih
|
Setiap yang
berkemahuan, tentu ada jalan.
|
32
|
Ibarat burung,
mata terlepas badan terkurung
|
Tidak ada
kebebasan atau kemerdekaan.
Contoh ayat:
Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan
terkurung.
|
33
|
Jika ada
kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
|
Kepandaian
hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang
begitu sahaja.
|
34
|
Kalau tak
berada-ada tak akan tempua bersarang rendah
|
Tentu ada
sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian
meninggalkan kesan.
|
35
|
Kalau tiada
rotan akar pun berguna
|
Sesuatu
perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa
yang ada.
|
36
|
Kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
|
Kita tidak
akan mendapat hasil jika tidak berusaha.
|
37
|
Kalau tidak
kerana angin tidak akan pokok bergoyang
|
Kalau terjadi
sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.
|
38
|
Perempuan
serasan, lelaki pemalu
|
Pegangan hidup
yang tidak serupa.
|
39
|
Sebagai
gembala diberi keris
|
Orang yang
mendapat sesuatu yang tidak berguna.
|
40
|
Sekali membuka
pura, dua tiga hilang berbayar
|
Sekali
melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
|
41
|
Semacam besar
pacak daripada tiang
|
Belanja lebih
besar daripada pendapatan.
|
42
|
Seperti air
dalam dulang
|
Negeri yang aman
sentosa.
|
43
|
Seperti api di
dalam sekam
|
Kejahatan yang
dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari
|
44
|
Seperti aur
dengan tebing
|
Dua orang yang
berkawan rapat dan saling membantu
Contoh ayat :
Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan
tebing.
|
45
|
Seperti aur
ditarik songsang
|
Pekerjaan atau
perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.
|
46
|
Seperti embun
dihujung rumput
|
Tidak kekal
|
47
|
Seperti
harimau menyembunyikan kukunya
|
Orang yang
menyembunyikan kelebihannya.
|
48
|
Seperti hujan
jatuh ke pasir
|
Nasihat yang
tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.
Contoh ayat:
Nasihat kaunselor kepada pelajar itu tidak ubah seperti hujan jatuh ke pasir
kerana kedegilannya.
|
49
|
Seperti lintah
menghisap darah
|
Meletakkan
faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.
|
50
|
Seperti lipas
kudung
|
Selalu
bergerak dengan cepat.
|
51
|
Ular menyusur
akar tidak akan hilang bisanya
|
Orang besar
yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
Contoh ayat :
Sekalipun beliau bergaul dengan orang kebanyakan,namun hal itu bagai ular
menyusur akal takkan hilang bisanya.
|
52
|
Yang dikejar
tak dapat yang dikendong berciciran
|
Terlalu tamak
untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah
dimiliki.
|
Tuesday, February 12, 2019
Tuesday, January 22, 2019
KARANGAN UMUM
copy http://azwiraariwana.blogspot.com/p/format-bahagian-b.html
(terima kasih)
FORMAT BAHAGIAN B
KARANGAN UMUM
Keperluan
soalan
1.
Lima soalan dikemukakan dan anda perlu
menjawab satu soalan sahaja.
2.
Sebanyak 100 markah diperuntukkan untuk karangan
Bahagian B.
3.
Anda perlu menjawab soalan ini dalam masa yang dicadangkan iaitu satu
jam setengah / 90 minit.
4.
Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 350 patah
perkataan.
5.
Terdapat dua bentuk soalan yang disoal iaitu karangan
berformat dan karangan tidak berformat.
6.
Antara jenis karangan berformat ialah :
·
surat rasmi
·
surat tidak rasmi
·
laporan
·
minit mesyuarat
·
berita
·
rencana
·
dialog/wawancara/forum
·
ucapan/syarahan/ceramah/taklimat
·
ulasan buku/resensi
7.
Antara karangan tidak berformat pula ialah :
·
gambaran/keperihalan
·
cereka/imaginasi
·
fakta
·
pendapat/perbincangan
·
perbahasan
·
peribahasa/cogan kata
·
kesusasteraan
8.
Terdapat lima dimensi yang diambil kira dalam
penyediaan soalan bagi Bahagian B iaitu :
·
diri sendiri
·
keluarga
·
masyarakat/negara
·
antarabangsa
·
kesusasteraan
TEKNIK MENJAWAB
Penulisan
karangan
· Bagi karangan
Bahagian B, anda perlu menulis karangan anda melebihi 350 patah perkataan
· Bagi memastikan
karangan anda pada tahap cemerlang, pastikan karangan
anda mempunyai tujuh perenggan atau melebihi tiga muka
surat.
Saya mencadangkan anda menulis perenggan pendahuluan dalam
anggaran 70 patah perkataan, isi dalam anggaran 80 patah perkataan (80 X 5 isi
= 400) dan penutup dalam anggaran 70 patah perkataan.
· Jadi, jumlah
keseluruhan karangan anda ialah 500 patah perkataan dan memenuhi kehendak
arahan soalan.
Formula
penulisan karangan
PENDAHULUAN ( anggaran 70 patah perkataan )
Pendahuluan = PU/DEFINISI + AH + AC + AA
|
Penyataan Umum (PU) / Definisi
· Terdiri
daripada satu ayat sahaja.
· Ditulis berdasarkan
tajuk.
Ayat Huraian (AH)
· Terdiri
daripada satu hingga tiga ayat.
· AH1 : Senario /
perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.
· AH2 : Faktor /
Kepentingan / Kesan kepada individu / keluarga / masyarakat / negara
(bergantung kepada dimensi soalan).
· AH3 : Kesinambungan
daripada ayat huraian 2 dan boleh menggunakan formula 5W 1H 1I /
MASSBBD (Mengap
a, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)
Ayat Contoh (AC)
· Anda boleh
memberikan satu atau melebihi satu contoh.
· Pastikan contoh
yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak
soalan.
Ayat Arah (AA)
· Menyatakan
pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara umum.
· Perlu menyatakan
fokus arahan yang diberikan.
· Anda boleh menulis
dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada kreativiti anda.
Peringatan
:
· Baca arahan dengan
teliti dan gariskan kata kunci dan fokus arahan.
· Jangan sesekali
memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan.
· Tidak perlu menyatakan
isi utama dalam ayat arah.
ISI ( anggaran 80 patah perkataan X 5 ISI = 400 patah perkataan )
Isi = AT + AH + AC + AP
|
Ayat Topik (AT)
· Terdiri
daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan
jelas.
· Ditulis pada
permulaan ayat.
· Menjadi pencetus
idea untuk pengembangan ayat seterusnya.
Ayat Huraian (AH)
· Terdiri
daripada satu hingga lima ayat.
· Dihuraikan secara
mendalam menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa,
Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)
· Setiap ayat huraian
mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara
menggunakan penanda wacana yang sesuai.
Ayat Contoh (AC)
· Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.
· Pastikan contoh
yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak
soalan.
· Kedudukan AC boleh
di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.
Ayat Penegas (AP)
· Merupakan ayat
kesimpulan kecil bagi setiap isi.
· AP menegaskan
semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih mengekalkan maksud yang
sama dengan AT.
Peringatan
:
· Setiap isi mestilah
ditulis dalam satu perenggan sahaja.
· Tidak boleh
menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.
· Tidak boleh menulis 1
isi dalam beberapa perenggan (dikira sebagai mengulang isi).
PENUTUP ( anggaran 70 patah perkataan )
Penutup = AK + AC + AH
|
Ayat Kesimpulan (AK)
· Terdiri
daripada satu hingga dua ayat .
· Merumuskan
keseluruhan karangan.
· Tidak menyenaraikan
isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).
·
Ayat Cadangan (AC)
· Terdiri
daripada satu hingga dua ayat.
· Memberi cadangan
yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.
· Tidak memerlukan
huraian panjang.
Ayat Harapan (AH)
· Menyatakan harapan
sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha menangani
isu yang dibincangkan.
· Menggunakan kata
hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC.
· Kaitkan dengan
dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.
Peringatan
:
· Jangan memasukkan isi
dalam kesimpulan.
· Perenggan kesimpulan
haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.
· Mesti memasukkan ayat
cadangan dan harapan.
Kelebihan
menggunakan formula dalam aktiviti mengarang
1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan.
2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.
3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.
4. Perenggan yang seimbang dan sekata.
5. Komponen karangan lengkap – ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas,
dan kesimpulan.
Contoh penulisan
menggunakan formula
FOKUS ARAHAN : LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN
BAHASA MALAYSIA
PENDAHULUAN
= PU + AH + AC + AA
'Bahasa
jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk
melambangkan signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di
Malaysia (PU). Pelbagai polemik telah dibangkitkan sejak
akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama Malaysia (AH). Bahasa
Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa Melayu'
yang disifatkan berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan
gagasan 1Malaysia (AC). Namun begitu, apakah inisiatif yang
perlu diimplementasikan demi memartabatkan bahasa Malaysia dalam kalangan
masyarakat? (AA)
(67 patah perkataan)
|
ISI
= AT + AH + AC + AP
Langkah pragmatik yang patut diambil termasuklah menggesa semua
urusan rasmi di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam
bahasa ibunda (AT). Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih
cenderung memilih bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding
bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat mereka (AH) tamsilnya
dalam mesyuarat yang diadakan (AC). Sifat nafsi yang
menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit
kerana mereka persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan
pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga seterusnya memartabatkan
bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman.
(82 patah perkataan)
|
PENUTUP
= AK + AC + AH
Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga
untuk meledakkan darjat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam
semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan (AK).
Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan
mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa Malaysia
untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, “yang kurik
itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu
bahasa” (AC). Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di
bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan
'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas' (AH).
(73 patah perkataan)
|
Pembahagian
masa
· Masa yang
dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 90 minit.
· Peruntukkan masa
yang saya cadangkan adalah seperti berikut:
Strategi
|
Masa yang dicadangkan
|
Membaca
dan memahami arahan soalan
|
5 minit
|
Menyediakan
rangka karangan
|
10 minit
|
Mengarang
|
55 minit
|
Menyemak
|
10 minit
|
Menyemak
dan menyusun jawapan
|
10 minit
|
Jumlah
masa
|
90 minit
|
PENILAIAN
Ciri-ciri
Karangan Cemerlang
Sesebuah karangan yang cemerlang harus memenuhi kriteria-kriteria yang
berikut :
· Sekurangnya-kurangnya
menuis dua ungkapan menarik seperti peribahasa, hadis, cogan
kata, kata-kata orang ternama, pantun dan seumpamanya.
· Sekurang-kurangnya
terdapat dua variasi ayat seperti ayat tanya, ayat majuk, ayat
aktif, ayat pasif dan seumpamanya.
· Sekurang-kurangnya
terdapat dua kosa kata berdarjat tinggi seperti macapada ini,
anjakan paradigma, menggembleng sinergi dan sebagainya.
· Karangan mesti
ditulis berselang sebaris antara perenggan.
· Lima perenggan isi mesti terdiri
daripada isi pokok, huraian, contoh dan penegas.
· Setiap ayat yang
ditulis mesti mempunyai subjek dan predikat yang
lengkap.
Tulisan kemas, bersih dan selesa dipandang.
Aspek
yang Dinilai
· Pelbagai jenis kata
yang luas dan tepat.
· Pelbagai ayat
majmuk yang gramatis.
· Laras bahasa sesuai.
· Kosa kata luas dan tepat.
· Idea relevan, huraian jelas dan matang, contoh
yang sesuai.
· Pengolahan menarik dan berkesan, pemerengganan sesuai danseimbang.
· Wacana lengkap, ada
kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
· Unsur bahasa bervariasi.
· Gaya bahasa menarik dari
segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan menarik seperti peribahasa dan
sebagainya.
Kelemahan
Calon
· Gagal mengarang
mengikut jumlah kata yang dikehendaki.
· Mampu menulis tujuh
perenggan tetapi setiap perenggan tidak seimbang.
· Calon menggunakan
peribahasa yang tidak sesuai.
· Kosa kata yang
digunakan terhad / umum.
· Memulakan ayat
dengan salah – menggunakan itu / ini
· Idea tidak
menunjukkan kematangan calon.
· Menghuraikan dua
isi dalam perenggan yang sama atau satu isi dalam dua perenggan.
· Calon terlupa
menulis ayat penegas/kesimpulan dalam setiap perenggan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
COPY :http://cikgusitishahirah.blogspot.my/2012/12/subjek-dan-predikat.html Subjek dan Predikat Subjek dan Predikat · ...
-
BIL PERUMPAMAAN/ PEPATAH MAKNA 1 Air beriak tanda tak dalam Banyak bercakap tan...
-
http://tintabahasamelayu.blogspot.my/2011/02/subjek-dan-predikat.html SUBJEK DAN PREDIKAT Setiap ayat mesti terdiri daripada konstitu...