Friday, July 19, 2019

NOTA TAMBAHAN NOVEL


Novel Justeru Impian di Jaring  :  Nilai (Novel Tingkatan 3)

Nilai
Kegigihan. Contohnya, Syahir dan rakan-rakannya gigih berlatih untuk mengharungi kejohanan Terbuka Johor dan Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.
Bertanggungjawab. Contohnya, Haji Marzuki dan Mas Suparman telah melatih pemain badminton skuad kebangsaan dengan penuh tanggungjawab.
Keberanian. Contohnya, tindakan Wan Najlah memakai tudung dan seluar panjang semasa berlatih di kem latihan wanita telah membuktikan bahawa dia berani melakukan perubahan untuk menutup aurat seperti yang pernah dikatakan kepada Syahir.
Kasih sayang. Contohnya, Kak Uda sanggup menjaga emak yang menghidap strok dengan mengambil cuti.
Simpati. Contohnya, Syahir bersimpati terhadap nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel.
Keyakinan. Contohnya, Haji Marzuki telah berjanji kepada pihak PBSM bahawa dia akan meletakkan jawatan sebagai jurulatih sekiranya Syahir gagal menjuarai kejohanan dunia kerana dia yakin Syahir akan berjaya memenanginya.
Ketegasan. Contohnya, Syahir tetap dengan pendiriannya untuk menutup aurat semasa bermain badminton walaupun sesetengah pihak tidak bersetuju pada mulanya dan ada yang melabelkan dia sebagai muslim yang konservatif serta ‘kepala batu dari hulu.’


Pengajaran

§  Kita hendaklah mengingati pesanan yang baik yang disampaikan oleh seseorang. Contohnya, Syahir sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya agar memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara serta memelihara syariat dalam bersukan.
§  Kita haruslah berani untuk menyatakan pendapat. Contohnya, Syahir berani menyatakan pendapatnya bahawa dia tidak bersetuju dengan tindakan pihak PBSM yang tidak menggunakan ranking dunia dalam pemilihan pemain bagi kejohanan dunia di Jakarta. PBSM telah menukarkannya kepada prestasi semasa Kejohanan Terbuka Johor untuk pemilihan mewakili negara.
§  Kita mestilah berpendirian teguh dalam melakukan sesuatu. Contohnya, Syahir tetap dengan pendiriannya untuk menutup aurat semasa bermain badminton walaupun sesetengah pihak tidak bersetuju pada mulanya dan ada yang melabelkan dia sebagai muslim yang konservatif serta ‘kepala batu dari hulu.’
§  Kita hendaklah berfikiran positif terhadap sesuatu perkara. Contohnya, Syahir hanya tersenyum dan mengambil positif kritikan Engku Aiman yang mempertikaikan permainannya yang dikatakan agak lembap, kelam-kabut, dan mudah terikut-ikut rentak lawan. Engku Aiman menganggap Syahir tidak mampu melawan pemain dari China.
§  Kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap orang lain. Contohnya, Engku Aiman dan Syed Amiri telah memandang rendah akan keupayaan Syahir untuk mara ke Kejohanan Badminton Kebangsaan di Jakarta.


No comments:

Post a Comment

Latar Tempat Kompleks Sukan