COPY :http://cikgusitishahirah.blogspot.my/2012/12/subjek-dan-predikat.html
Subjek dan Predikat
Subjek dan Predikat
· Subjek ialah bahagian yang diterangkan.
· Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek.
Bil
|
Subjek
|
Predikat
|
Pola Ayat
|
1
|
Dia
|
pengetua baru di sekolah itu.
|
FN + FN
|
2
|
Bangunan itu
|
bangunan Kementerian Pendidikan.
|
FN + FN
|
3
|
Arif
|
belum makan dari semalam.
|
FN + FK
|
4
|
Saya
|
belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya.
|
FN + FK
|
5
|
Mereka
|
menari dengan gembiranya.
|
FN + FK
|
6
|
Pelajar itu
|
sedang bermain kejar-kejar dengan kawannya.
|
FN + FK
|
7
|
Rumah itu
|
agak besar.
|
FN + FA
|
8
|
Buah jambu ini
|
sangat manis.
|
FN + FA
|
9
|
Surat ini
|
daripada peguam ayah.
|
FN + FSN
|
10
|
Pokok rambutan itu
|
di belakang rumah.
|
FN + FSN
|
Latihan Pengukuhan
Tandakan / untuk memisahkan di antara Subjek dan Predikat dalam ayat-ayat di bawah.
Kemudian tuliskan pola ayatnya.
Bil
|
Subek / Predikat
|
Pola ayat
|
1
|
Laksamana Hang Tuah terkenal dengan kelicikannya bermain senjata.
| |
2
|
Andak tunduk ke lantai sambil kakinya menguis-nguis hujung tikar.
| |
3
|
Latihan tatabahasa kali ini agak mudah.
| |
4
|
Nelayan-nelayan itu mengandar dua bakul ikan ke jeti untuk dijual kepada peraih.
| |
5
|
Tuan Puteri Lela Manja dan dayang-dayangnya sedang memetik bunga di taman istana.
| |
6
|
Si Bongkok menyarungkan cincin ke jari manis tuan puteri.
| |
7
|
Kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan untuk membesar.
| |
8
|
Makanan ini masih elok untuk dimakan.
| |
9
|
Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Minggu Kesihatan di sekolah.
| |
10
|
Bekalan makanan ini untuk adik.
| |
11
|
Anak dan isteri perokok berisiko tinggi untuk mendapat kanser tekak, kanser paru-paru dan sakit jantung.
| |
12
|
Banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.
| |
13
|
Awang Haji Tengah ketua pengurus pejabat kami.
| |
14
|
“Kempen Berhenti Merokok” kurang mendapat sambutan daripada para remaja.
| |
15
|
Buku tebal itu buku kesayangan saya.
| |
16
|
Penceramah itu mengatakan bahawa tanganlah yang menentukan kesihatan kita.
| |
17
|
Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh tubuh badan.
| |
18
|
Badan kita sukar mengeluarkan toksik apabila kekurangan air.
| |
19
|
Perabot rumahnya dari Itali.
| |
20
|
Murid sekolah itu, belajar dari pagi hingga ke petang.
| |
21
|
Harimau yang garang itu telah membaham lembu Pak Uteh yang ditambat di tepi hutan itu.
| |
22
|
Hujan lebat telah menyebabkan berlakunya banjir kilat.
| |
23
|
Nilai mata wang berubah-ubah mengikut pasaran semasa.
| |
24
|
Kata-kata mutiara yang ditampal pada dinding sekolah membangkitkan semangat murid untuk belajar.
| |
25
|
Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula boleh menjejaskan sistem imun badan.
| |
26
|
Sesetengah bangunan bersejarah dijadikan muzium untuk dikunjungi oleh orang ramai.
| |
27
|
Pokok periuk kera hidup di kawasan yang kurang subur di tanah tinggi.
| |
28
|
Sesetengah tumbuhan tanah gambut memperoleh makanannya dengan cara memerangkap serangga.
| |
29
|
Tumbuhan satu sel membentuk kumpulan besar yang dikenali sebagai alga.
| |
30
|
Bulu kucing kesayangan Dolly itu sungguh lebat dan panjang.
|
What should i do
ReplyDeleteNak buat mcm mne ni?
ReplyDeleteaku siap, nak cheack answer...
ReplyDeleteMana nk check answer ni
ReplyDeleteplease share jawapan yj0421@hotmail.com
ReplyDeleteMohon share jawapan (harizabaharom@gmail.com)
ReplyDeletekalau subjek dan predikat bgi "enak sekali rasa durian belanda itu"?
ReplyDeletePls share answer
ReplyDeletePls share answer ongchinsoon96@gmail.com
ReplyDelete