Copy-http://chaimestm.blogspot.my/2015/06/p-dan-p-dalam-prosa-tradisional-bm-t1.html
Kaedah Sinopsis - Asal Padi
Pada
zaman dahulu, hidup sepasang suami isteri yang sangat kaya. Suami isteri itu
mempunyai dua orang cahaya mata. Kedua-duanya anak lelaki. Malangnya, kedua-dua
suami isteri itu telah meninggal dunia meninggalkan kedua-dua anak lelaki
mereka yatim piatu. Yang sedihnya, semua ternakan dan harta peninggalan telah
habis diambil orang jahat kecuali sebuah kolam ikan milik keluarga.
Si
Bongsu, anak sulung, sudah dewasa tetapi cacat. Kedua-dua tumitnya berlubang.
Pada suatu hari, bertemulah Si Bongsu dengan tujuh orang wanita yang baru
selesai mandi dan bersiap-siap untuk pulang. Si Bongsu meninggalkan bumi
bersama-sama tujuh orang wanita ke kayangan.
Di
kayangan, Si Bongsu terlihat dan tertarik akan benda kuning yang berkilau-kilauan
ditimpa sinar matahari, kononnya digelarnya sebagai emas. Empunya padi itu
memberitahu Si Bongsu bahawa benda itu ialah padi, teramat enak dan berfaedah.
Si Bongsu memohon sedikit padi untuk ditanam di bumi tetapi tidak dibenarkan
dan dihalau oleh empunya padi tersebut. Si Bongsu hanya dibenarkan makan di
kayangan sahaja. Memang lazat makanan yang aneh itu.
Si
Bongsu mencari akal agar ia dapat menyembunyikan benih tanaman itu sebelum
turun ke bumi. Si Bongsu memasukkan segenggam padi yang sedang dijemur ke dalam
mulutnya tetapi dapat dikesan oleh empunya padi beberapa langkah di tangga
pelangi. Akhirnya Si Bongsu menjadi hamba empunya padi atas alasan kakinya
terlalu sakit dan tidak dapat turun ke bumi. Tidak berapa lama kemudian, luka
pada tumit Si Bongsu sembuh. Si Bongsu bertindak menyembunyikan butir-butir
padi di dalam lubang luka pada tumit kakinya sebelum memohon izin untuk pulang
ke bumi. Sebelum itu, Si Bongsu diperiksa dengan teliti. Akhirnya, sampai
jugalah anak yatim piatu itu ke kampungnya di bumi dengan selamat.
Si
Bongsu menanam benih padi di ladangnya. Sebaik padi tumbuh di bumi, padi di
kayangan tidak mahu menjadi. Padi kayangan itu berhasil dapat dicuri dan
ditanam di bumi. Orang kayangan mengutuskan burung pipit untuk
membuat siasatan. Burung pipit membohongi orang kayangan kononnya bumi tidak
ditumbuhi padi sedangkan paruhnya tampak putih, jelas menunjukkan pipit baru
sahaja habis makan padi. Pipit dan Si Tekuri kembali ke bumi untuk menyiasat.
Yang jelas, laporan Si Pipit tidak benar. Si Tekuri dan Si Pipit bertengkar dan
berlaga. Kerongkong Si Pipit disepit keras-keras hanya temboloknya yang
berputar ke arah tengkuknya. Demikianlah cerita asal mulanya padi ada dan
tumbuh di bumi.
Kaedah Sajak - Asal Padi
dahulukala
hidup sepasang suami isteri
mewah
bersama-sama dua anak kecil
atas kehendak takdir
meninggallah kedua-dua ibu bapa
harta benda
habis dikikis orang durjana
tinggallah anak yatim piatu
melarat hidup
bertemankan kolam ikan warisan
Si Sulung cacat
Si Bongsu pula giat melihat-lihat
kolam pusaka
lalu bertemulah ia
dengan tujuh orang wanita
seusai mandi manda
sebelum pulang ke kayangan
maka, diperkenanlah permintaan Si Bongsu
menyertai mereka ke kayangan
setibanya Si Bongsu
hilanglah mereka
hadir pula sebuah dusun
di bawah panas terik menteri
kuning kemilau di jemuran
disangka Si Bongsu longgokan emas
padi namanya
milik empunya buah tanaman
yang baik yang enak
hadir niat Si Bongsu
mahu diambilnya
barang sedikit ke bumi
tetap ia diusir
melainkan makan di kayangan
penuh lazat penuh nikmat
nasi yang disangka emas!
mencari akallah, Si Bongsu
mahu diseludup tanaman ajaib ke bumi
padi segenggam
dimasukkan ke dalam mulut
sebelum sempat melarikan diri
tingkah laku Si Bongsu
dapat dijejaki di tangga pelangi
diberkas, Si Bongsu oleh empunya padi
atas rayuan dek kesakitan pada kaki
Si Bongsu dibenarkan kembali
bekerja di kayangan
menjaga mengawasi
padi di jemuran
sembuhlah, luka di kaki
mencari akal lagi, Si Bongsu
tanpa putus asa
padi segenggam
disembunyikan di dalam
lubang-lubang luka tumitnya
sebelum diberi izin
pulang ke bumi, desa halaman
selepas diperiksa teliti
tidak ditemukan sebutir padi
maka, berangkatlah Si Bongsu
meninggalkan kayangan
padi anak yatim piatu
tumbuh subur di bumi
tidak menjadi pula padi kayangan
biarpun dikirim Si Burung Pipit
datang menyiasat
biarpun dihantar Si Tekuri
datang mengawasi
berlakulah pertengkaran
berlakulah perlagaan
yang kalah jadi abu
yang menang jadi arang
demikianlah asal mulanya padi
di bumi!
Tema:
Kebijaksanaan dan ketabahan dalam menyelesaikan masalah.
Persoalan:
a. Sikap tidak berputus
asa dalam melaksanakan sesuatu tugas.
b. Pembohongan akan
diketahui juga akhirnya.
c. Perbuatan mencuri
harta orang merupakan perbuatan yang salah.
Makna Kosa Kata - Asal Padi
No.
|
Kosa Kata
|
Makna
|
01.
|
Dahulukala
|
Pada zaman atau
jangka masa yang sudah lama berlalu, zaman dahulu
|
02.
|
Peninggalan
|
Sesuatu yang
ditinggalkan, pusaka, warisan
|
03.
|
Kerekot
|
Bengkok-bengkok,
berkerut-kerut
|
04.
|
Berkeberatan
|
Keberatan,
kesukaran, kesulitan, tidak rela, enggan
|
05.
|
Perkenan
|
Izin (keizinan),
kelulusan, kerelaan, persetujuan
|
06.
|
Mempergunakan
|
Mengambil faedah,
mengerjakan sesuatu dengan
|
07.
|
Kayangan
|
Negeri yang-yang,
tempat dewa-dewa
|
08.
|
Empunya
|
Pemiliknya, tuannya
|
09.
|
Piatu
|
Tiada beribu dan
tiada berbapa, tidak mempunyai sanak-saudara
|
10.
|
Terhantuk
|
Terlanggar,
terbentur, tersandung
|
11.
|
Menggeledah
|
Memeriksa dengan
tujuan mendapatkan sesuatu, menyelongkar
|
12.
|
Curiga
|
Syak wasangka,
waswas, sangsi
|
13.
|
Tampak
|
Tidak terlindung,
dapat dilihat, kelihatan
|
14.
|
Berangkat
|
Mula meninggalkan
sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain, bertolak
|
15.
|
Tembolok
|
Kantung tempat
menyimpan makanan pada leher burung atau ayam
|
No comments:
Post a Comment