Monday, July 3, 2017

Pdp untuk kita esok

80858_toomuch

Peranan Teknologi Dalam pendidikan. 
Positif atau negatif. Bincangkan dan huraikan aspek tersebut.

1. Secara berpasangan bincangkan tentang isu yang dinyatakan.
2. Buat analisis dalam bentuk jadual atau teks dan kongsikan maklumat tersebut di alamat gmail cikgu.
3. Pembentangan 
4. Rumusan
5. Menulis 2 perenggan karangan dengan lengkap:
  • Isi utama
  • Isi sokongan
  • Contoh
  • Ayat penegasan

Terima Kasih.




Pdp Hari Ini

Adakah penggunaan teknologi terkini membantu dalam proses pdp pada hari ini?Bincangkan penyataan tersebut.

MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN

MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN

Menulis Pendahuluan Karangan
Sebagaimana yang acapkali saya nyatakan:
Pendahuluan dalam sesebuah karangan itu amat penting. Ia akan memberikan gambaran pertama kepada pemeriksa tentang mutu penulisan yang akan diperiksanya.
Apa yang harus ada pada kandungan PENDAHULUAN?
1. Jangan masukkan isi
2. Setakat 50 - 60 patah perkataan
3. Tepat (menjurus kepada soalan)
4. Jelas
5. Satu perenggan sahaja
6. Kaitkan dengan isu-isu semasa
Terdapat beberapa jenis pendahuluan yang biasanya digunakan dalam penulisan karangan, antaranya:
1. pendahuluan berbentuk persoalan
2. pendahuluan berbentuk definisi
3. pendahuluan berbentuk fakta
4. pendahuluan berbentuk peribahasa
5. pendahuluan berbentuk sejarah
Hari ini kita akan pelajari 3 jenis pendahuluan: persoalan, peribahasadan fakta.
Pelajar-pelajar yang amat saya sayangi, di bawah ini akan saya berikan 3 contoh pendahuluan. Baca dan camkan perbezaannya.
Sudah bersedia?
Pendahuluan Berbentuk Soalan:
TOPIK: Keganasan Rumah Tangga
Pembangunan negara kita semakin pesat dan rancak. Namun demikian, isu keganasan rumah tangga yang merupakan penyakit sosial semakin gawat melanda diri kita. Gejala ini ibarat ‘duri dalam daging’. Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini? Siapakah yang harus dipersalah? Di manakah hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita? Mengapakah usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini gagal mencari jalan penyelesaian untuk menangani gejala ini? Apakah rencah yang terbaik untuk membanteras penyakit sosial yang rumit ini? Inilah antara persoalan yang harus dijadikan renungan dan perbincangan kita.
Pendahuluan Berbentuk Peribahasa
TOPIK: Seperti Kacang Lupakan Kulit
Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menggambarkan seseorang yang tidak mengenang budi dan jasa ialah ’seperti kacang lupakan kulit’ dan ’seperti ulat lupakan daun’. Peribahasa ’seperti kacang lupakan kulit’ bermaksud seseorang yang lupa akan orang yang telah menolongnya setelah menikmati kesenangan. Oleh itu, sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup kita. Kita haruslah sentiasa menghargai dan berterima kasih kepada segala jasa, pertolongan dan pengorbanan orang lain kepada kita. Orang yang mengamalkan prinsip hidup ’seperti kacang lupakan kulit’ tidak akan hidup bahagia sama ada di dunia ataupun akhirat.
Pendahuluan Berbentuk Fakta
TOPIK: Bersama Memerangi Budaya Ponteng Sekolah
Gejala ponteng sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini kian menjadi-jadi dan sukar dibendung. Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran membuktikan bahawa masalah ini boleh dikatakan meningkat setiap tahun. Hakikatnya, budaya ponteng sekolah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, malah perlu ditangani segera.
Setelah membaca dapatkah pelajar-pelajar mengecam perbezaan gaya pembukaan karangan untuk ketiga-tiganya?
Baiklah kini tiba waktu untuk latihan. Mudah sahaja.
Pelajar-pelajar perlu memilih untuk menghasilkan 2 sahajapendahuluan karangan yang topiknya saya berikan di bawah ini.
Gunakan teknik yang berbeza bagi melakarkan pendahuluan kamu. Contohnya kamu pilih teknik pendahuluan fakta dan peribahasa, atauperibahasa dan persoalanatau persoalan dan fakta.
TOPIKNYA (Pilih 2 topik berbeza untuk teknik berbeza):
1. Punca Gejala Buang Bayi dan Penderaan.
2. Kesan Negatif Kedatangan Pekerja Asing.
3. Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.
Ingat:
Apa yang harus ada pada kandungan PENDAHULUAN?
1. Jangan masukkan isi
2. Setakat 50 - 60 patah perkataan
3. Tepat (menjurus kepada soalan)
4. Jelas
5. Satu perenggan sahaja
6. Kaitkan dengan isu-isu semasa
Markah akan diberi. Selamat mencuba.
Copy by Memory Munsyi

Novel-Justeru Impian Di Jaring

NOVEL: JUSTERU IMPIAN DI JARING (Zaid Akhtar) copy http://muinmohsein.blogspot.my/2017/02/novel-justeru-impian-di-jaring-zaid_14.html...

TEKS NOVEL: JUSTERU IMPIAN DI JARING (Zaid Akhtar)

                        Tema novel ini ialah ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi dugaan dan rintangan sebelum bergelar juara dunia. Syahir tabah menerima pandangan negatif daripada orang sekeliling kerana tindakannya menutup aurat semasa bermain badminton. Hal ini demikian kerana, dia masih berpegang pada syariat Islam dan pesanan arwah ayahnya. Sementara itu, Engku Aiman dan Syed Amiri yang sememangnya tidak menyukai Syahir sering mencemuh dan mengejeknya untuk melemahkan semangatnya. Kekalahan Syahir di tangan Syed Amiri semasa kejohanan Terbuka Johor juga membuktikan bahawa dia seorang yang tabah apabila dia meneruskan latihan seperti biasa walaupun menyedari dirinya tidak layak menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. Semasa mahu berangkat ke Jakarta, Syahir diuji pula dengan berita emaknya yang menghidap strok hingga menyebabkan dia berbelah bahagi sama ada mahu meneruskan impian ke Jakarta ataupun menjaga emaknya yang sedang sakit. Syahir juga terpaksa berhadapan dengan sikap berat sebelah pihak pengadil semasa bertanding pada peringkat akhir di Jakarta. Namun, akhirnya  Syahir berjaya bergelar juara dalam kejohanan tersebut.

Latar Masyarakat

(a)   Masyarakat yang tabah mengharungi liku-liku kehidupan. Contohnya, Syahir seorang pemain badminton skuad kebangsaan yang tabah kerana melalui banyak halangan dan rintangan sebelum berjaya bergelar juara dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa di Indonesia.

(b)  Masyarakat yang sentiasa ingat akan pesanan. Contohnya, Syahir sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya agar memberikan sumbangan kepada bangsa, negara, dan memelihara syariat Islam dalam bersukan.

(c)   Masyarakat yang berani untuk mengemukakan pendapat. Contohnya, Syahir berani mengemukakan pendapat tentang tindakan pihak PBSM yang tidak menggunakan sistem ranking dunia untuk menentukan kelayakan ke kejohanan antarabangsa di Jakarta sebaliknya bergantung pada keputusan kejohanan Terbuka Johor.

(d)  Masyarakat yang gigih berusaha. Contohnya, para pemain badminton skuad kebangsaan gigih menjalani latihan di bawah bimbingan Haji Marzuki dan Mas Suparman pada setiap hari sebelum kejohanan Terbuka Johor dan Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.

(e)   Masyarakat yang pilih kasih. Contohnya, Engku Aiman sering menyebelahi Syed Amiri yang dianggap sebagai anak emas dalam apa-apa jua tindakan.

(f)   Masyarakat yang simpati terhadap nasib orang lain. Contohnya, Syahir berasa simpati akan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh Amerika dan sekutunya, Israel di tanah air mereka sendiri.

(g)  Masyarakat yang tetap pendirian. Contohnya, Syahir tetap dengan prinsipnya untuk memakai pakaian yang menutup aurat ketika bersukan kerana mahu menjaga syariat agama.

(h)  Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, Kak Uda Syahrizah sanggup mengambil cuti kerana mahu menjaga emaknya yang sedang sakit akibat menghidap strok.

(i)    Masyarakat yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Syahir tetap meneruskan latihan rutin sebagai pemain badminton walaupun telah tersingkir daripada senarai pemain skuad kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.

Latar Tempat Kompleks Sukan