Monday, April 4, 2016

PEMANTAPAN PANDUAN PENSKORAN PT3 BAHASA MELAYU



BAHAGIAN A (Sistem Bahasa)

Soalan 1
a)
Menguji calon aspek KESALAHAN BAHASA.
b)
Jika terdapat kesalahan huruf kecil dan huruf besar :  SALAH –  0 markah.



Soalan 2
a)
Menguji calon aspek KESALAHAN EJAAN.
b)
Jika terdapat kesalahan huruf kecil dan huruf besar – DITERIMA.



Soalan 3
a)
Menguji calon aspek AYAT.
b)
Ayat pasif songsang – DITERIMA
c)
Kata bantu dan kata ganti tunjuk, jika digugurkan atau ditambah – SALAH
d)
Struktur ayat mesti betul (maksud ayat mesti sama dengan ayat asal)
e)
Jika menggugurkan keterangan dalam ayat – 1 markah sahaja.



Soalan 4
a)
Menguji calon aspek PERIBAHASA.
b)
‘lah’ dan ‘nya’ jika digugurkan atau ditambah – TIDAK DITERIMA, 0 markah
c)
Jawapan calon mesti sama dengan struktur peribahasa yang sebenar.
d)
Tiada sebarang penambahan dibenarkan.
e)
Peribahasa yang ada kata perbandingan ‘simile’ (bagai, seperti, laksana dsb) :

-       tetapi tidak dicatat – 0 markah

-       ditukar dengan kata perbandingan lain – DITERIMA.





























BAHAGIAN B ( Pemahaman Komsas )

Soalan 5 dan Soalan 6 : pecahan (i) dan (ii) sahaja
a)
Jika calon menyalin perenggan yang mengandungi jawapan – layak 2 markah.

(isi dianggap cukup, tetapi ayat kurang gramatis)


b)
Jika isi cukup tetapi tidak mengandungi frasa yang merujuk kepada soalan – 2 markah



Soalan 7

Calon yang menulis jawapan dalam bentuk poin tetapi ayat gramatis –

layak terima 2 – 3 markah bahasa




BAHAGIAN C ( Ulasan )

Soalan 8
a)
Ulasan kurang daripada 80 patah perkataan :

-       kurang matang

-       jika bahasa baik, maksimum 12 markah
b)
Ulasan lebih daripada 100 patah perkataan :

-       maksimum 13 markah (dikenakan penalti kerana tidak mematuhi arahan soalan)
c)
Jika calon menyalin maklumat yang terdapat dalam bahan rangsangan

(hanya maklumat sahaja, tanpa sebarang binaan ayat sendiri) – maksimum 5 markah.
d)
Jika ulasan idea hanya merujuk tema bahan tetapi tidak menggunakan sebarang

maklumat yang terdapat dalam bahan rangsangan – maksimum 8 markah.
e)
Jika tiada pendahuluan dan penutup – terima






BAHAGIAN D ( Karangan )

Soalan 9
a)
Karangan berformat :

i.               Kesalahan kecil – contohnya tiada tarikh / tanda tangan (surat kiriman)  :

maksimum  – cemerlang bawah.

ii.             Salah format (keseluruhan)  :  maksimum  –  kurang memuaskan

iii.           Syarahan (sepatutnya pertandingan tetapi menulis syarahan biasa) :

maksimum  –  kepujian atas

iv.           Salah format tetapi idea menjurus kepada tugasan dan bahasa baik :

maksimum  –  baik bawah
b)
Jika calon menulis karangan dengan 1 idea sahaja yang berkaitan dengan tajuk/tugasan

soalan, manakala huraian lain berkaitan tugasan lain :  maksimum  –  baik bawah





KAEDAH PENGIRAAN BILANGAN PATAH PERKATAAN


BIL
KAEDAH PENGIRAAN
CONTOH


1


DIKIRA SATU PERKATAAN
a.    Kata Nama Khas
b.    Alamat pada surat setiap baris
c.    Kata ganda
d.    Peribahasa /Simpulan Bahasa
e.    Nombor 2,314
f.     Nombor yang dieja


2

DIKIRA SATU, SATU
a.    Kata majmuk
b.    Penanda wacana
c.    Frasa nama

3
TIDAK DIKIRA SEBAGAI PERKATAAN
a.    Kata sendi (di, ke)



1 comment:

Latar Tempat Kompleks Sukan