Thursday, July 21, 2016

CONTOH JAWAPAN- LATAR DALAM NOVEL PELARI MUDA



Latar memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia terdapat tiga latar tempat yang terdapat dalam novel ini. Antaranya ialah di Hospital. Peristiwa yang berlaku ialah Kamarul menerima rawatan setelah cedera apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya. Di sini juga Kamarul menerima kunjungan daripada rakan-rakannya dan jurulatihnya En Kadir yang sebenarnya mengambil berat terhadapnya. Seterusnya, latar tempat di Pusat Sukan Kampung Pandan. Peristiwa yang berlaku ialah ketika Kamarul bersikap bidap dan menunjukkan respon yang angkuh terhadap jurulatihnya iaitu En Kadir.  Yang ketiga ialah latar di Bangkok. Di sini Kamarul telah Berjaya memenangi pingat emas dalam acara 100m dan 400m iaitu di Kejohanan Sukan Sea kali ke-14.

Wednesday, July 13, 2016

CERPEN KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN


COPY : http://www.bmspm.my/v1/index.php/my/komsas-f1/cerpen-kuih-bakul-limau-mandarin
Kuih Bakul Limau Mandarin
(Mohd. Helmi Ahmad)
SINOPSIS
Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina dipersalahkan atas segala musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki mereka, Lim Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya. Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya. Sim Pau menceritakan segala-galanya termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan Lim Meng disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga semula.
TEMA
Kasih sayang keluarga  yang kembali terjalin.
Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah keluarga setelah mereka melupakan konflik yang melanda mereka.
PERSOALAN
i.      Kepercayaan pada perkara khurafat
Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang kepada keluarga dan perniagaannya.
ii.    Keegoan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala kesedihannya.
iii.   Keberanian menyuarakan pendapat
Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong.
iv.   Keinsafan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar perkara sebenar daripada Sim Pau.
PLOT


i.      Permulaan/Eksposisi
Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang beraya. Berita kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

ii.    Perkembangan
Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa keluarganya. Sikap Lim Pooi diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar. Pertengkaran antara mereka berlaku. Sim Pau menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu memohon maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim Pooi  meminta maaf kepada Lim Meng.

iii.   Klimaks
Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun dia masih ragu-ragu akan penerimaan bapanya.


iv.   Peleraian
Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam. Akhirnya, Lim Meng tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya. Kemudian, mereka membuat persiapan perayaan dengan penuh gembira.

TEKNIK PENCERITAAN
i.      Pemerian
Contoh : Memerihalkan jiran-jiran Lim Pooi dan Sim Pau yang sudah membuat persiapan untuk menyambut perayaan sedangkan mereka tidak membuat sebarang persiapan.

ii.    Imbas Kembali
Contoh : Sim Pau mengimbas kembali punca kematian Lim Foong akibat lemas ketika melarikan diri daripada orang yang menuntut hutang.

iii.   Imbas Muka
Sim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa Lim Meng akan pulang semasa Tahun Baru Cina kelak.

iv.   Dialog
Contoh : Perbualan antara Sim Pau, Lim Meng dengan Lim Pooi tentang barang-barang yang hendak dibeli untuk menyambut perayaan.

v.    Monolog Dalaman
Contoh : Sim Pau berkata-kata di dalam hati bahawa dia terlalu menurut kata-kata Lim Pooi namun sampai bila?

vi.   Saspens
Contoh : Pembaca tertanya-tanya punca Lim Pooi menyatakan bahawa hutang darah mesti dibayar dengan darah.

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama
Sim Pau
i.      Isteri kepada Lim Pooi
ii.    Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng
iii.   Memiliki keberanian menyatakan kebenaran
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran tentang punca sebenar kematian Lim Foong kepada Lim Pooi.
iv.   Memiliki kesabaran
Contoh : Selama ini, Sim  Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak mahu menerima kehadiran Lim Meng.
v.    Mudah terasa / sensitif
Contoh : Sim Pau mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata Lim Pooi  yang tidak mahu mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

Lim Pooi
i.      Suami kepada Sim Pau.
ii.    Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.
iii.   Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.
iv.   Memiliki sikap suka berdendam
Contoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa malang dan pembunuh Lim Foong.
v.    Ego
Contoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

vi.   Peniaga yang tamak
Contoh: Mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula yang kemudiannya dijual pada harga yang mahal.
vii.  Pemarah
Contoh: Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang mencuri wang di kedai.
viii.Menginsafi kesalahannya
Contoh: Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu insaf.

Lim Meng
i.      Anak bongsu daripada dua beradik.
ii.    Bertanggungjawab
Contoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada lemas sebaliknya dia pula yang hampir lemas.
iii.   Suka mengalah
Contoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut hendak melaporkan bahawa Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong.
iv.   Pemaaf
Contoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya.

Lim Foong
i.      Anak sulung daripada dua beradik.
ii.    Anak kesayangan Lim Pooi.
iii.   Suka berjudi.
iv.   Mati lemas.




Sudin
i.      Penduduk kampung
ii.    Ikhlas
Contoh: Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan ikhlas tanpa memandang bangsa.

LATAR
Latar Masa
i.      Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina
Contoh : Setelah menerima panggilan telefon daripada Lim Meng, Sim Pau dan Lim Pooi bertengkar.
ii.    Sehari sebelum Tahun Baru Cina
Contoh : Lim Meng pulang ke rumah.
iii.   Tiga hari
Contoh : Selama tiga hari, Lim Pooi tidak makan apa-apa semasa menunggu kepulangan Lim Meng.

Latar Tempat
i.      Dapur
Contoh : Sim Pau sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi.
ii.    Kedai
Contoh : Lim Meng ternampak Lim Foong mencuri wang di kedai.
iii.   Stor di belakang kedai
Contoh : Lim Pooi menyorokkan gula di stor di belakang kedai untuk menjualnya pada harga yang tinggi ketika suatu masa lain.
Latar Masyarakat
1.    Masyarakat yang berdendam.
Contoh: Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang menurutya ialah pembunuh Lim Foong.
2.    Masyarakat yang menginsafi kesalahan.
Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya yang bersangka buruk terhadap Lim Meng.
3.    Masyarakat yang sabar menghadapi masalah.
Contoh: Sim Pau sabar menghadapi masalah keluarga apabila suamianya menghalau anak perempuannya keluar dari rumah.
GAYA BAHASA
i.      Simpulan bahasa
Contoh : Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.
Contoh : Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.
ii.    Peribahasa
Contoh : Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasan.
iii.   Sinkof/sinkope
Contoh : “Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.”
Contoh : “Anak aku dah mati.”
iv.   Personifikasi
Contoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai setelah menjawab telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.
v.    Simile
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.

vi.   Metafora
Contoh : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.
vii.  Bahasa perbualan
Contoh : Lim Meng pernah mengadu dekat aku orang kampung semuanya kompelin.
NILAI
i.      Nilai keberanian
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak bersalah atas kematian Lim Foong.
ii.    Nilai keikhlasan
Contoh : Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas.
iii.   Nilai kasih sayang.
Contoh : Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar kasih sayang sesama keluarga.
PENGAJARAN
i.      Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.
Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya menjadi penyebab kematian Lim Foong.
ii.    Kita mestilah bersikap jujur.
Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di kedai yang dilakukan oleh Lim Foong.
iii.   Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.
Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang yang menagih hutang.


Tuesday, June 14, 2016

PROSA TRADISIONAL ASAL PADI

Copy-http://chaimestm.blogspot.my/2015/06/p-dan-p-dalam-prosa-tradisional-bm-t1.html


Kaedah Sinopsis - Asal Padi

          Pada zaman dahulu, hidup sepasang suami isteri yang sangat kaya. Suami isteri itu mempunyai dua orang cahaya mata. Kedua-duanya anak lelaki. Malangnya, kedua-dua suami isteri itu telah meninggal dunia meninggalkan kedua-dua anak lelaki mereka yatim piatu. Yang sedihnya, semua ternakan dan harta peninggalan telah habis diambil orang jahat kecuali sebuah kolam ikan milik keluarga.

          Si Bongsu, anak sulung, sudah dewasa tetapi cacat. Kedua-dua tumitnya berlubang. Pada suatu hari, bertemulah Si Bongsu dengan tujuh orang wanita yang baru selesai mandi dan bersiap-siap untuk pulang. Si Bongsu meninggalkan bumi bersama-sama tujuh orang wanita ke kayangan.
         
          Di kayangan, Si Bongsu terlihat dan tertarik akan benda kuning yang berkilau-kilauan ditimpa sinar matahari, kononnya digelarnya sebagai emas. Empunya padi itu memberitahu Si Bongsu bahawa benda itu ialah padi, teramat enak dan berfaedah. Si Bongsu memohon sedikit padi untuk ditanam di bumi tetapi tidak dibenarkan dan dihalau oleh empunya padi tersebut. Si Bongsu hanya dibenarkan makan di kayangan sahaja. Memang lazat makanan yang aneh itu.

          Si Bongsu mencari akal agar ia dapat menyembunyikan benih tanaman itu sebelum turun ke bumi. Si Bongsu memasukkan segenggam padi yang sedang dijemur ke dalam mulutnya tetapi dapat dikesan oleh empunya padi beberapa langkah di tangga pelangi. Akhirnya Si Bongsu menjadi hamba empunya padi atas alasan kakinya terlalu sakit dan tidak dapat turun ke bumi. Tidak berapa lama kemudian, luka pada tumit Si Bongsu sembuh. Si Bongsu bertindak menyembunyikan butir-butir padi di dalam lubang luka pada tumit kakinya sebelum memohon izin untuk pulang ke bumi. Sebelum itu, Si Bongsu diperiksa dengan teliti. Akhirnya, sampai jugalah anak yatim piatu itu ke kampungnya di bumi dengan selamat.

          Si Bongsu menanam benih padi di ladangnya. Sebaik padi tumbuh di bumi, padi di kayangan tidak mahu menjadi. Padi kayangan itu berhasil dapat dicuri dan ditanam di bumi.  Orang kayangan mengutuskan burung pipit untuk membuat siasatan. Burung pipit membohongi orang kayangan kononnya bumi tidak ditumbuhi padi sedangkan paruhnya tampak putih, jelas menunjukkan pipit baru sahaja habis makan padi. Pipit dan Si Tekuri kembali ke bumi untuk menyiasat. Yang jelas, laporan Si Pipit tidak benar. Si Tekuri dan Si Pipit bertengkar dan berlaga. Kerongkong Si Pipit disepit keras-keras hanya temboloknya yang berputar ke arah tengkuknya. Demikianlah cerita asal mulanya padi ada dan tumbuh di bumi.

Kaedah Sajak - Asal Padi

dahulukala
hidup sepasang suami isteri
mewah
bersama-sama dua anak kecil
atas kehendak takdir
meninggallah kedua-dua ibu bapa
harta benda
habis dikikis orang durjana
tinggallah anak yatim piatu
melarat hidup
bertemankan kolam ikan warisan
Si Sulung cacat
Si Bongsu pula giat melihat-lihat
kolam pusaka
lalu bertemulah ia
dengan tujuh orang wanita
seusai mandi manda
sebelum pulang ke kayangan

maka, diperkenanlah permintaan Si Bongsu
menyertai mereka ke kayangan
setibanya Si Bongsu
hilanglah mereka
hadir pula sebuah dusun
di bawah panas terik menteri
kuning kemilau di jemuran
disangka Si Bongsu longgokan emas
padi namanya
milik empunya buah tanaman
yang baik yang enak

hadir niat Si Bongsu
mahu diambilnya
barang sedikit ke bumi
tetap ia diusir
melainkan makan di kayangan
penuh lazat penuh nikmat
nasi yang disangka emas!

mencari akallah, Si Bongsu
mahu diseludup tanaman ajaib ke bumi
padi segenggam
dimasukkan ke dalam mulut
sebelum sempat melarikan diri
tingkah laku Si Bongsu
dapat dijejaki di tangga pelangi
diberkas, Si Bongsu oleh empunya padi
atas rayuan dek kesakitan pada kaki
Si Bongsu dibenarkan kembali
bekerja di kayangan
menjaga mengawasi
padi di jemuran

sembuhlah, luka di kaki
mencari akal lagi, Si Bongsu
tanpa putus asa
padi segenggam
disembunyikan di dalam
lubang-lubang luka tumitnya
sebelum diberi izin
pulang ke bumi, desa halaman

selepas diperiksa teliti
tidak ditemukan sebutir padi
maka, berangkatlah Si Bongsu
meninggalkan kayangan
padi anak yatim piatu
tumbuh subur di bumi
tidak menjadi pula padi kayangan

biarpun dikirim Si Burung Pipit
datang menyiasat
biarpun dihantar Si Tekuri
datang mengawasi
berlakulah pertengkaran
berlakulah perlagaan
yang kalah jadi abu
yang menang jadi arang
demikianlah asal mulanya padi
di bumi!

Tema:
Kebijaksanaan dan ketabahan dalam menyelesaikan masalah.

Persoalan:
a.       Sikap tidak berputus asa dalam melaksanakan sesuatu tugas.
b.       Pembohongan akan diketahui juga akhirnya.
c.       Perbuatan mencuri harta orang merupakan perbuatan yang salah.

Makna Kosa Kata - Asal Padi

No.
Kosa Kata
Makna
01.
Dahulukala
Pada zaman atau jangka masa yang sudah lama berlalu, zaman dahulu
02.
Peninggalan
Sesuatu yang ditinggalkan, pusaka, warisan
03.
Kerekot
Bengkok-bengkok, berkerut-kerut
04.
Berkeberatan
Keberatan, kesukaran, kesulitan, tidak rela, enggan
05.
Perkenan
Izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan
06.
Mempergunakan
Mengambil faedah, mengerjakan sesuatu dengan
07.
Kayangan
Negeri yang-yang, tempat dewa-dewa
08.
Empunya
Pemiliknya, tuannya
09.
Piatu
Tiada beribu dan tiada berbapa, tidak mempunyai sanak-saudara
10.
Terhantuk
Terlanggar, terbentur, tersandung
11.
Menggeledah
Memeriksa dengan tujuan mendapatkan sesuatu, menyelongkar
12.
Curiga
Syak wasangka, waswas, sangsi
13.
Tampak
Tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan
14.
Berangkat
Mula meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain, bertolak
15.
Tembolok
Kantung tempat menyimpan makanan pada leher burung atau ayam


Latar Tempat Kompleks Sukan