Thursday, July 21, 2016

CONTOH JAWAPAN- LATAR DALAM NOVEL PELARI MUDA



Latar memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia terdapat tiga latar tempat yang terdapat dalam novel ini. Antaranya ialah di Hospital. Peristiwa yang berlaku ialah Kamarul menerima rawatan setelah cedera apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya. Di sini juga Kamarul menerima kunjungan daripada rakan-rakannya dan jurulatihnya En Kadir yang sebenarnya mengambil berat terhadapnya. Seterusnya, latar tempat di Pusat Sukan Kampung Pandan. Peristiwa yang berlaku ialah ketika Kamarul bersikap bidap dan menunjukkan respon yang angkuh terhadap jurulatihnya iaitu En Kadir.  Yang ketiga ialah latar di Bangkok. Di sini Kamarul telah Berjaya memenangi pingat emas dalam acara 100m dan 400m iaitu di Kejohanan Sukan Sea kali ke-14.

2 comments:

  1. ADA TAK LATAR BELAKNG NOVEL PELARI MUDA

    ReplyDelete
  2. Berdasarkan novel pelari muda yang telah anda kaji, kemukakan tiga latar tempat berserta contoh peristiwa yang berlaku di tempat tersebut

    ReplyDelete

Latar Tempat Kompleks Sukan