COPY http://lamankomsas.blogspot.my/2015/05/antologi-komsas-tingkatan-1-kuingin.html
Kita Umpama
Sehelai Daun
(Smahadzir)
MAKSUD SAJAK
Rangkap
|
Maksud
|
1
|
Kehidupan manusia di muka bumi ini
boleh diibaratkan sebagai sehelai daun. Apabila manusia dilahirkan , membesar
dan menjadi dewasa, seharusnya mereka telah mampu menyumbangkan jasa untuk
menerangi kehidupan insan lain agar keluar dari belenggu penderitaan.
|
2
|
Jika kita gagal menjadi manusia
yang tahu membuat jasa, maka tiadalah ruang dan peluang bagi mereka yang
hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.
|
3
|
Kehidupan manusia ibarat sehelai
daun yang akan menjadi tua dan mati. Maka janganlah kita terlalu sombong dan
bangga diri dengan kelebihan yang dimiliki sehingga melupakan kesusahan hidup
orang lain yang bergantung harap kepada kita.
|
4
|
Jadikanlah hidup kita seperti
sehelai daun, sewaktu hidup menyumbang jasa. Malah setelah matipun, banyak
jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
|
TEMA
Mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan.
PERSOALAN
1.
Senantiasa memberi
sumbangan dan kebaikan kepada masyarakat.
2.
Tidak kedekut dan
malas untuk membantu orang lain. Hal ini akan menyebabkan hubungan dengan
masyarakat akan menjadi renggang.
3.
Sikap angkuh dan
mementingkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain.
BENTUK
1.
Bebas
2.
Terdapat empat rangkap
3.
Baris-baris ayat dan
rima akhir
·
Rangkap 1 terdapat 5 baris. Rima akhir ababc
·
Rangkap 2 terdapat 4 baris. Rima akhir abcd
·
Rangkap 3 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbd
·
Rangkap 4 terdapat 3 baris. Rima akhir abb
GAYA BAHASA
1.
Simile
Contoh : kita
umpama sehelai daun
1.
Personifikasi
Contoh : tempat
bercanda unggas meriang
1.
Pengulangan baris
Contoh : kita umpama
sehelai daun
1.
Asonansi - pengulangan
vokal a
Contoh : andai kikir jasa dan bakti
1.
Aliterasi –
pengulangan konsonan m
Contoh : hijau menunas menyegar mata
NILAI
1.
Nilai bertanggungjawab
Contoh:
Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain
1.
Nilai prihatin
Contoh: Prihatin
terhadap golongan miskin dan anak-anak yatim
1.
Nilai kesederhanaan
Senantiasa mengamalkan
sikap sederhana dalam kehidupan
PENGAJARAN
1.
Kita hendaklah
bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat
2.
Kita mestilah prihatin
terhadap golongan yang memerlukan
3.
Kita hendaklah
sentiasa mengamalkan sikap yang sederhana
Kuingin Berterima
Kasih
Penulis : Pendidik Malaysia on Thursday, May
14, 2015 | 3:20 AM
Kuingin Berterima
Kasih
(Ihsan Noorzali)
MAKSUD SAJAK
Rangkap
|
Maksud
|
1
|
Penyajak
berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi. Kehadiran hujan
menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan yang dibawa mampu
meredakan api kemarahan.
|
2
|
Penyajak
juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah yang
subur telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani.
|
3
|
Penyajak
juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan yang di laut kerana memberikan
kegembiraan kepada nelayan.
|
4
|
Penyajak
juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak
berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.
Pengorbanan mereka itu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi
seorang anak tempatan.
|
5
|
Kadangkala
penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati duka lara
dan penderitaan mangsa perang. Penyajak juga berharap dapat memberikan
kesedaran kepada masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan menimbulkan
lebih banyak kehancuran dan penderitaan.
|
6
|
Penyajak
berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak dapat
berfikir secara waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan
keamanan sejagat.
|
TEMA
Menghargai dan
mensyukuri kurniaan Tuhan kepada manusia.
PERSOALAN
i. Hujan memberikan kesejahteraan
kepada manusia.
ii. Berbakti kepada tanah akan
membuahkan hasil.
iii. Ikan di laut memberikan
pendapatan kepada nelayan.
iv.
Menghargai jasa perwira-perwira negara.
v.
Dunia akan menjadi aman damai dan indah jika semua orang menghargainya.
BENTUK
Bebas
Terdapat enam rangkap
Baris-baris ayat dan rima akhir
· Rangkap 1
terdapat 4 baris. Rima akhir abcd
· Rangkap 2
terdapat 4 baris. Rima akhir abca
· Rangkap 3
terdapat 5 baris. Rima akhir abccc
· Rangkap 4
terdapat 5 baris. Rima akhir abcbb
· Rangkap 5
terdapat 5 baris. Rima akhir abcbd
· Rangkap 6
terdapat 3 baris. Rima akhir abc
GAYA BAHASA
Simile
Contoh: kepada hujan bagai tetamu
Personifikasi
Contoh: ikan-ikan yang riang
Metafora
Contoh: darah kesetiaan
Kata Ganda
Contoh: di taman-taman keresahan hidup
Asonansi - pengulangan vokal a
Contoh : kepadamu pejuang negara
Aliterasi - pengulangan konsonan k
Contoh : sesekali kuingin kalungkan kagum
NILAI
Mengenang jasa
Contoh: mengenang jasa pejuang negara.
Keinsafan
Contoh: perang menyebabkan kerosakan kepada manusia dan
alam.
Kesetiaan
Contoh: pejuang setia kepada negara.
Kesyukuran
Contoh: mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.
PENGAJARAN
- Kita hendaklah mengenang jasa mereka yang telah berjuang
untuk negara.
- Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh
Tuhan kepada kita.
- Kita hendaklah sanggup berjuang demi negara tercinta.
Aku
Penulis : Pendidik Malaysia on Thursday, May
14, 2015 | 3:57 AM
Aku
(Rosli K.
Matari)
MAKSUD
SAJAK
Rangkap
|
Maksud
|
1
|
Penulis mendapati dirinya
keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini.
|
2
|
Penulis menyusuri sepanjang pantai
sambil membayangkan bahawa dirinya itu Nabi Adam.
|
3
|
Digambarkan bahawa hari tersebut
merupakan hari wujudnya nabi Adam iaitu manusia pertama yang dicipta
oleh Tuhan. Baginda buat pertama kalinya dapat melihat keindahan alam ciptaan
Tuhan.
|
4
|
Baginda tidak pernah mendengar
deruan ombak sebelum kewujudannya.
|
5
|
Baginda juga tidak pernah merasai
tiupan angin.
|
6
|
Baginda juga tidak pernah
mengenali dan mengetahui kewujudan hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan di situ.
|
7
|
Baginda percaya akan kekuasaan
Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru sahaja dicipta.
|
TEMA
Kewujudan diri dan menghayati alam sekitar. Pembaca dipupuk untuk menghayati dan menikmati alam sekitar yang memberi ketenangan jiwa serta menyedari kewujudan Tuhan.
PERSOALAN
1.
Pemeliharaan alam
sekitar. Alam sekitar perlu dipelihara agar dapat dinikmati oleh generasi
akan datang.
2.
Kepercayaan kepada
Tuhan. Manusia pertama dicipta ialah nabi Adam.
3.
Bersyukur dengan
nikmat yang telah diberikan. Tuhan menciptakan dunia untuk manusia
menggunakannya sebaik mungkin.
BENTUK
i. Bebas
ii. Terdapat tujuh rangkap
iii. Baris-baris ayat dan rima akhir
- Rangkap 1 terdapat 3
baris. Rima akhir abc
- Rangkap 2 terdapat 3
baris. Rima akhir abc
- Rangkap 3 terdapat 3
baris. Rima akhir abc
- Rangkap 4 terdapat 3
baris. Rima akhir abb
- Rangkap 5 terdapat 3
baris. Rima akhir abc
- Rangkap 6 terdapat 3
baris. Rima akhir aab
- Rangkap 7 terdapat 3 baris.
Rima akhir abb
GAYA BAHASA
- Sinkope
Contoh: kecuali
diriku
- Kata ganda
Contoh: bertiup
di mana-mana
- Imej alam
Contoh: laut,
langit, pohon, angin, ombak.
- Asonansi-perulangan vokal a
Contoh: kerana aku baru ada
- Aliterasi-perulangan konsonan l
Contoh: laut, langit dan pohon
NILAI
- Percaya kepada Tuhan.
Contoh: aku
percaya Kau Pencipta.
- Kesyukuran
Contoh: Aku bersyukur
diciptakan oleh Tuhan dan dapat merasai nikmat yang ada di dunia.
- Keinsafan:
Contoh: Adam insaf
akan kebesaran dan kekuasaanTuhan
PENGAJARAN
- Kita haruslah mensyukuri nikmat
yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
- Kita hendaklah menjaga alam
sekitar agar terpelihara keasliannya.
- Kita hendaklah menginsafi diri
agar tidak melakukan perkara yang membawa kemurkaan Tuhan.
Thanks CIKGU ROSSA FOR MAKING THIS
ReplyDeleteTerima kasih cikgu ������
ReplyDelete