Terdapat satu kesalahan bahasa pt3 pada setiap ayat di
bawah. Sila garis pada bahagian kesalahan tersebut dan nyatakan kesalahan
tersebut
1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu
bapanya, Amira telah berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan
2. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng
keledek di hadapan rumahnya.
3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak
mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
4. Lain-lain hal yang berbangkit akan
dibincangkan kemudian.
5. Farha menangis teresak-esak bila
diberitahu tentang berita yang sedih itu.
6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua
tahun tidak pulang ke kampung
7. Sudah berminggu saya tidak bersua muka
dengan anak Pak Hilal itu.
8. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan
di Pameran Busana Tradisional Melayu tempoh hari.
9. Keropok lekor itu sangat sedap sekali
apabila dimakan dengan cili sos.
10. Semua peserta-peserta seminar itu diminta
berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00 pagi.
11. Manisha sangat suka akan biskut yang
ibunya bakar.
12. Sikap saling bantu-membantu wajar
dipraktikkan dalam masyarakat
13. Mahadzir memohon cuti dari majikannya
untuk pulang ke kampung.
14. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu
perlu dilakukan dengan segera.
15. Dr. Shanti adalah pensyarah di
Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu.
16. Wan Liang mendapat tempat pertama di
dalam pertandingan syarahan itu.
17. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di
Bandung sangat halus corak sulamannya.
18. “Saya akan menjunjung segala perintah
tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut,” sembah Bendahara Tun Perak kepada
Sultan Mansur Syah.
19. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu
diusahakan oleh kami.
20. Cahaya lampu dari rumah agam di atas
bukit itu sangat terang-benderang.
21. Dua orang perompak-perompak telah
ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden rompakan bank pagi semalam.
22. Kuih yang enak itu dibuat dari tepung
pulut dan santan.
23. Adik memanggil abang berapa kali tetapi
langsung tidak dibenakannya.
24. Di hari raya, semua ahli keluarga saya
akan berkumpul di rumah datuk dan bergotong-royong membuat persiapan hari raya.
25. Janganlah kamu membincangkan tentang
perkara itu lagi.
26. Wahida gemarkan masakan yang dimasak
dari kakaknya
27. Sesetengah daripada pendapatannya
dihantar kepada ibunya di kampung.
28. Beberapa orang pelajar – pelajar berada
di perpustakaan.
29. Buku – buku di atas meja itu tebal –
tebal belaka
30. Beberapa helai dedaun kering
berterbangan ditiup angin.
31. Abang berada pada rumah sepanjang hari
ini.
32. Amir dengan Ashraf mengajak saya mandi
di sungai itu.
33. Pekarangan rumah agam itu sangat
terang-benderang.
34. Suasana di dalam kelas itu sangat
riuh-rendah apabila guru keluar.
35. Ali terbongkok – bongkok berkali – kali
mengutip buah yang gugur itu.
36. Adik menggaru – garu kakinya berkali –
kali kerana gatal.
37. “Berusahalah daripada sekarang,” pesan
Cikgu Malik kepada pelajar-pelajarnya.
38. Berpuluh orang penumpang terbunuh dalam
nahas udara itu.
39. Razak pergi di sekolah dengan berjalan
kaki.
40. Berbagai alasan diberikan oleh pelajar
itu apabila dia gagal dalam peperiksaan.
41. Hidup berjiran mestilah saling tolong –
menolong.
42. Kelab Kerjaya itu terdiri dari 150 orang
ahli
43. Janganlah saling caci – mencaci sesama
kita.
44. Pelajar – pelajar itu pandai – pandai
semuanya.
45. Program hiburan itu disiarkan daripada
pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.
46. Jalan menuju ke rumah Taufiq incang –
incang.
47. Pelbagai dayung – mayung tersimpan kemas
di dalam bangsal itu.
48. Mereka menunggu sejak dari pagi tadi.
49. Aris memperolehi keuntungan besar hasil
daripada penjualan buah durian di dusun datuknya.
50. Julia menghadiahkan Samera
sepasang kasut sukan berjenama bersempena dengan hari lahirnya.
51. Nian indah pemandangan matahari terbit
di pulau itu pada waktu pagi.
52. Pelbagai kuih-muih yang dijual di gerai
itu enak belaka.
53. Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu
dilakukan pada hujung minggu.
54. “Kami semua perlu berlatih
bersungguh-sungguh untuk perlawanan akan datang,” ujar Shamir selaku ketua
pasukan kepada ahli-ahli pasukannya.
55. “Sudah lama hamba menunggu kedatangan
awak,” kata Tun Mamat.
56. Perlawanan bola jaring antara Sekolah
Menengah Bukit Parang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading ditangguhkan
kerana hujan lebat.
57. Monica membuka pintu pagar rumahnya
seraya melangkah masuk.
58. Dr. Suresh adalah seorang pakar
perubatan yang terkenal dari Pakistan.
59. Antara punca-punca pencemaran udara
ialah pelepasan asap kilang dan pembakaran terbuka.
60. Dia merupakan Perdana Menteri yang
disegani dan dihormati.
No comments:
Post a Comment