Novel
Justeru Impian di Jaring : Nilai (Novel Tingkatan 3)
Nilai
Kegigihan. Contohnya, Syahir dan rakan-rakannya gigih berlatih untuk
mengharungi kejohanan Terbuka Johor dan Kejohanan Badminton Antarabangsa di
Jakarta.
Bertanggungjawab. Contohnya, Haji Marzuki dan Mas Suparman telah melatih
pemain badminton skuad kebangsaan dengan penuh tanggungjawab.
Keberanian. Contohnya, tindakan Wan Najlah memakai tudung dan seluar
panjang semasa berlatih di kem latihan wanita telah membuktikan bahawa dia berani
melakukan perubahan untuk menutup aurat seperti yang pernah dikatakan kepada
Syahir.
Kasih sayang. Contohnya, Kak Uda sanggup menjaga emak yang menghidap
strok dengan mengambil cuti.
Simpati. Contohnya, Syahir bersimpati terhadap nasib rakyat Palestin yang
ditindas oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel.
Keyakinan. Contohnya, Haji Marzuki telah berjanji kepada pihak PBSM
bahawa dia akan meletakkan jawatan sebagai jurulatih sekiranya Syahir gagal
menjuarai kejohanan dunia kerana dia yakin Syahir akan berjaya memenanginya.
Ketegasan. Contohnya, Syahir tetap dengan pendiriannya untuk menutup
aurat semasa bermain badminton walaupun sesetengah pihak tidak bersetuju pada
mulanya dan ada yang melabelkan dia sebagai muslim yang konservatif serta
‘kepala batu dari hulu.’
Pengajaran
§ Kita hendaklah mengingati pesanan yang baik yang disampaikan oleh
seseorang. Contohnya, Syahir sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya agar
memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara serta memelihara syariat dalam
bersukan.
§ Kita haruslah berani untuk menyatakan pendapat. Contohnya, Syahir berani
menyatakan pendapatnya bahawa dia tidak bersetuju dengan tindakan pihak PBSM
yang tidak menggunakan ranking dunia
dalam pemilihan pemain bagi kejohanan dunia di Jakarta. PBSM telah menukarkannya
kepada prestasi semasa Kejohanan Terbuka Johor untuk pemilihan mewakili negara.
§ Kita mestilah berpendirian teguh dalam melakukan sesuatu. Contohnya,
Syahir tetap dengan pendiriannya untuk menutup aurat semasa bermain badminton
walaupun sesetengah pihak tidak bersetuju pada mulanya dan ada yang melabelkan
dia sebagai muslim yang konservatif serta ‘kepala batu dari hulu.’
§ Kita hendaklah berfikiran positif terhadap sesuatu perkara. Contohnya,
Syahir hanya tersenyum dan mengambil positif kritikan Engku Aiman yang
mempertikaikan permainannya yang dikatakan agak lembap, kelam-kabut, dan mudah
terikut-ikut rentak lawan. Engku Aiman menganggap Syahir tidak mampu melawan
pemain dari China.
§ Kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap orang lain. Contohnya,
Engku Aiman dan Syed Amiri telah memandang rendah akan keupayaan Syahir untuk
mara ke Kejohanan Badminton Kebangsaan di Jakarta.