Monday, July 23, 2018

60 KESALAHAN BAHASA


Terdapat satu kesalahan bahasa pt3 pada setiap ayat di bawah. Sila garis pada bahagian kesalahan tersebut dan nyatakan kesalahan tersebut

1.     Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan
2.     Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan rumahnya.
3.     Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
4.     Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian.
5.     Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu.
6.     Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung
7.     Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal itu.
8.     Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu tempoh hari.
9.     Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos.
10.  Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00 pagi.
11.  Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar.
12.  Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat
13.  Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung.
14.  Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera.
15.  Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu.
16.  Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu.
17.  Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya.
18.  “Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut,” sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
19.  Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami.
20.  Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang.
21.  Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden rompakan bank pagi semalam.
22.  Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan.
23.  Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya.
24.  Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan bergotong-royong membuat persiapan hari raya.
25.  Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi.
26.  Wahida gemarkan masakan yang dimasak dari kakaknya
27.  Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di kampung.
28.  Beberapa orang pelajar – pelajar berada di perpustakaan.
29.  Buku – buku di atas meja itu tebal – tebal belaka
30.  Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin.
31.  Abang berada pada rumah sepanjang hari ini.
32.  Amir dengan Ashraf mengajak saya mandi di sungai itu.
33.  Pekarangan rumah agam itu sangat terang-benderang.
34.  Suasana di dalam kelas itu sangat riuh-rendah apabila guru keluar.
35.  Ali terbongkok – bongkok berkali – kali mengutip buah yang gugur itu.
36.  Adik menggaru – garu kakinya berkali – kali kerana gatal.
37.  “Berusahalah daripada sekarang,” pesan Cikgu Malik kepada pelajar-pelajarnya.
38.  Berpuluh orang penumpang terbunuh dalam nahas udara itu.
39.  Razak pergi di sekolah dengan berjalan kaki.
40.  Berbagai alasan diberikan oleh pelajar itu apabila dia gagal dalam peperiksaan.
41.  Hidup berjiran mestilah saling tolong – menolong.
42.  Kelab Kerjaya itu terdiri dari 150 orang ahli
43.  Janganlah saling caci – mencaci sesama kita.
44.  Pelajar – pelajar itu pandai – pandai semuanya.
45.  Program hiburan itu disiarkan daripada pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.
46.  Jalan menuju ke rumah Taufiq incang – incang.
47.  Pelbagai dayung – mayung tersimpan kemas di dalam bangsal itu.
48.  Mereka menunggu sejak dari pagi tadi.
49.  Aris memperolehi keuntungan besar hasil daripada penjualan buah durian di dusun datuknya.
50.   Julia menghadiahkan Samera sepasang kasut sukan berjenama bersempena dengan hari lahirnya.
51.  Nian indah pemandangan matahari terbit di pulau itu pada waktu pagi.
52.  Pelbagai kuih-muih yang dijual di gerai itu enak belaka.
53.  Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu dilakukan pada hujung minggu.
54.  “Kami semua perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan akan datang,” ujar Shamir selaku ketua pasukan kepada ahli-ahli pasukannya.
55.  “Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak,” kata Tun Mamat.
56.  Perlawanan bola jaring antara Sekolah Menengah Bukit Parang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading ditangguhkan kerana hujan lebat.
57.  Monica membuka pintu pagar rumahnya seraya melangkah masuk.
58.  Dr. Suresh adalah seorang pakar perubatan yang terkenal dari Pakistan.
59.  Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan pembakaran terbuka.
60.  Dia merupakan Perdana Menteri yang disegani dan dihormati.

Sunday, July 8, 2018

LATIH TUBI


Bahagian A
[25 markah]

1. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

  1. Sekiranya Azirah telah menjadi orang penting dalam sebuah syarikat ternama, namun dia tetap merendah diri.

_____________________________________________________________________

  1. Jambatan yang menghubungi kampung saya telah runtuh akibat dilanda air bah semalam.

_____________________________________________________________________

  1. Beberapa cadangan-cadangan oleh ahli jawatankuasa persatuan telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.
_____________________________________________________________________

  1. Saya tidak pasti sama ada pelancong itu hendak ke Muzium Negara tetapi ke Masjid Negara.

_____________________________________________________________________

[8 markah]



2.  Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenalpasti dan betulkan kesalahan  tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

  1. Pihak polis sedang melakukan penyiasatan untuk menyelesaikan kes rompakan yang berlaku di bandaraya Ipoh.

_____________________________________________________________________

  1. Semua pelajar dilarang membawa masuk buku ke perpustakaan samaada buku nota atau pun buku teks.

_____________________________________________________________________

  1. Para peserta ekpedisi itu bertungkus lumus membina rakit walaupun hari
sudah senja.
_____________________________________________________________________

[3 markah]







3. Baca ayat-ayat di bawah, kemudian nyatakan subjek dan predikat ayat-ayat tersebut.


  1. Pak Mat menggalas selaras senapang patah di bahunya ketika pergi berburu.

Subjek                  : ________________________________________________________

Predikat               : ________________________________________________________


  1. Kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan di jalanraya sejauh lima kilometer.

Subjek                  : ________________________________________________________

Predikat               : ________________________________________________________


  1. Industri pertanian Negara dijangka berkembang pesat pada tahun hadapan.

Subjek                  : ________________________________________________________

Predikat               : ________________________________________________________


  1. Ayah dan emak akan pulang ke kampong untuk menziarahi datuk yang sedang sakit.

Subjek                  : ________________________________________________________

Predikat               : ________________________________________________________


  1. Kakitangan kerajaan akan menerima bayaran bonus tahunan pada setiap hujung tahun.

Subjek                  : ________________________________________________________

Predikat               : ________________________________________________________

[10 markah]











Latar Tempat Kompleks Sukan