COPY :
Almarhum -Allahyarham
Ampun -maaf
Anjung- ruang istana
Anugerah- hadiah
Ayap- makan, digunakan
oleh orang kebanyakan kepada Raja
Ayapan hidangan,-
digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Balai- tempat
menghadap atau bicara
Beradu- tidur
Berair- basuh tangan
sebelum menjamah makanan
Beranggar- tempat
duduk sementara
Berangkat- pergi
Berasa -sakit
(digunakan khas kepada putera-puteri yang kecil)
Berasa ulu- sakit
kepala
Bercemar duli-
merendahkan diri
Berdaulat- mempunyai
kuasa pemerintah
Beristirahat- berehat
Berputera -bersalin
atau beranak
Bersiram- mandi
Bertakhta- bersemayam
di atas
Bertelut -merendahkan
diri dengan melutut
Bertitah -bercakap
atau berkata
Beta -saya, dipakai
oleh Paduka Seri Sultan, Raja Muda, Raja Di Hilir dan isteri gahara baginda
masing-masing dalm tulisan atau pertuturan kepada rakyat
Bingkisan- surat
Cerap -ketahui,
digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Dato'- panggilan
kehormatan dipakai kepada Orang Besar de-Lapan, dan orang-orang yang telah
dikurniakan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran itu
Dengan- tuah menerima
sesuatu titah dengan niat akan menunaikannya
Dian- lilin
Didik -anak, kaedah
Orang Besar-Besar dan orang kebanyakan membahasakan anak-anak buah yang muda
kepada Raja
Diputerakan
-dilahirkan
Disemadi- dikebumi
Duli Tuanku- debu,
habuk di bawah tapak kaki Raja, sesuatu perkara yang hendak disampaikan kepada
Paduka Seri Sultan, Raja Muda, Raja Di Hilir dan isteri gahara baginda
Engku- panggilan
kepada Raja-Raja daripada Negeri Perak
Gada-gada- panji panji
kecil yang diikatkan banyak-banyak pada tali dan digantung bersenggayut pada
hari keramaian istiadat diraja
Gahara -sama setaraf
atau keturunan Raja yang sebenar
Gering -sakit
Geta- bangku dewan
atau bangku tempat duduk Raja
Gundik- isteri-isteri
kedua Raja-Raja
Hamba- kaedah
membahasakan diri di hadapan Raja
Hemat- pendapat
Hidangan- sajian
Hilang -meninggal
dunia (digunakan khas untuk Raja-Raja kecil)
Ibni- bin
Istana -rumah kediaman
Istiadat- upacara
Jaga- bangun (dari
tidur)
Jata -lambang
Jemala- batu kepala
Jenazah- mayat
Junjung kasih- terima
kasih, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Junjung titah -menurut
perintah Raja
Kami- saya, dipakai
dalam pertuturan dan tulisan Paduka Seri Sultan kepada Raja-Raja, Orang
Besar-Besar dan rakyat
Kaus -kerusi
Ke bawah- kepada
Kecerapan- keterangan
Kesyukuran- terima
kasih
Kita -semua para
hadirin, dipakai oleh Raja-Raja dan Orang Besar-Besar dalam pertuturan atau
tulisan kepada orang-orang yang rendah mertabatnya daripada mereka
Ku -ya, digunakan oleh
orang kebanyakan kepada Raja
Kurang cerap- kurang
periksa atau tidak tahu
Kurnia- beri atau
hadiah
Majlis persantapan-
majlis jamuan
Makam- kubur
Maktub -tulis
Mangkat- meninggal
dunia
Mangku -memegang
jawatan yang kosong sementara
Masuk Jawi- berkhatan
atau bersunat
Memanda -perbahasaan
dalam pertuturan dipakai oleh Raja-Raja merujuk kepada Orang Besar Negeri
Memohon ampuni limpah
perkenan- meminta izin
Memurnikan-
menyempurnakan
Mengampuni- bersetuju
atau meluluskan
Menghadap- berjumpa
atau berkunjung
Menginap- bermalam
Menyembahkan
kesyukuran- mengucapkan terima kasih (khususnya kepada Raja Pemerintah)
Merafak- menyampai
Mika- engkau, dipakai
dalam pertuturan antara yang berpendidikan tinggi mahupun berpangkat tinggi
sahaja
Mohon-/Pohon minta
Mohon patik- meminta
menolak sesuatu titah perintah atau persembahan
Murka- marah
Pacal- kaedah
membahasakan diri di hadapan Raja
Pacal pondok -kaedah
membahasakan isteri di hadapan Raja
Paduka- kalimah ini
digunakan kepada Raja membahasakan yang sama sedarah dengannya
Pahar- talam emas atau
perak khas untuk kegunaan Raja
Panca Persada -rumah
panggung yang dibuat tempat permandian diraja
Panji -bendera
Patik- saya,
perbahasaan dipakai dalam pertuturan atau tulisan oleh Orang Besar-Besar dan
orang kebanyakan kepada Raja-Raja
Patik mohon- meminta
izin meninggalkan majlis
Payung -anak Raja
Penanggahan- kawasan
dapur istana
Perbaraan- perasapan
Perkenan- bersetuju
Persada- pentas tinggi
Persalinan- pakaian
Persembahan
-penyampaian atau barang yang dihadiah
Puri- bilik tidur
Putera- anak laki-laki
Puteri- anak perempuan
Rimbit -mengandung
atau hamil
Santap -makan
Santap -air minum
Seberhana -sepasang
Semayam- duduk
Sembah -mengangkat
kedua-dua tangan ke dahi dengan merapatkan kesemua jari itu ke dahi sebagai
tanda hormat
Senda -saya, dipakai
dalam percakapan sahaja oleh Raja-Raja yang sama setaraf atau Raja-Raja pangkat
muda kepada pangkat tua
Seperanak nasi-
setengah jam
Sepiak pinang-
sebentar lagi
Sila- jemput
Sungai besar- buang
air besar
Sungai kecil- buang
air kecil
Tapakan -tempat duduk
tinggi di pertengahan balairong seri yang dikhaskan untuk Orang Besar-Besar dan
orang kenamaan
Teman- pengiring orang
yang berpangkat dan bermakna saya yang dipakai dalam pertuturan di antara
Raja-Raja berpangkat tua kepada yang berpangkat muda
Tengku -perbahasaan
dipakai kepada Orang Besar Ampat pada zaman dahulu
Tetampan- kain kuning
tanda pangkat pelayan Raja dan diletakkan di atas bahu
Toh- dibahasakan
sebagai 'Toh' dan bukan 'Tok' kepada Orang Besar Perak and Toh-Toh Muda
Toh Puan- perbahasaan
panggilan kepada isteri pertama Orang Besar Negeri
Tuanku- tuan aku,
bahasa panggilan di dalm pertuturan atau tulisan dipakai oleh Raja-Raja, Orang
Besar-Besar, orang kebanyakan sekalian kepada Paduka Seri Sultan, Raja Muda,
Raja Di Hilir serta isteri gahara baginda
Tunggul- sejenis
bendera istiadat
Ubun-ubun/ batu kepala
Ubur-ubur/ payung
diraja
Ulu -kepala
Uzur- sakit, digunakan
oleh orang kebanyakan kepada Raja
Wali kain- tanda
pangkat pelayan istana yang ditaruh di bahu
Warkah -surat,
digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Watikah- surat rasmi
(daripada Raja-Raja yang memerintah)
No comments:
Post a Comment