SUMBER : COPY
http://mywanxch.blogspot.my/2012/11/contoh-karangan-surat-kiriman-tidak.html
Contoh Karangan - Surat Kiriman Tidak Rasmi
Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda
untuk menceritakan pengalaman anda sekeluarga bercuti di
kampung.
Jenis : Surat Kiriman Tidak Rasmi
Pendahuluan:
- alamat penulis / sendiri
- tarikh
- kata pengantar – Menemui
sahabatku, …
- kata panggilan
Isi-isi:
1. – bertanya khabar
- berharap – keadaan sihat
walafiat
- keluarga – keadaan
sihat-sihat belaka
2. – tujuan – menulis – adalah
– menceritakan– bercuti –kampung
- kampung nenek – cuti
sekolah
– lalu- berada – kampung – selama – hari
3. – udara – nyaman
– pagi – kedengaran – berkicauan
- datuk membawa - dusunnya
|
- kebetulan – masa – musim
buah-buahan
- dusun – pelbagai jenis
– durian, rambutan, manggis,
langsat, pisang, -
- membantu – mengutip durian
– memetik rambutan
- makan – sepuas-puasnya.
4. – petang, - membawa
– memancing – sungai
- mengajar – membuat
layang-layang
- bermain – tanah lapang
- memasak lauk-pauk –enak
- pernahkah – pergi – rumah
nenek / datuk
Penutup:
- sampai – sahaja - coretkan
- sampaikan – salam mesra
– keluarga –
- tandatangan
|
4898, Taman Regent,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan.
18 OKTOBER 2010
Menemui sahabatku, Lili yang kini berada di Kanada dengan selamatnya.
Saudari,
Apa khabar, saudari? Saya berharap saudari berada dalam keadaan sihat walafiat.
Saya dan keluarga di sini juga berada dalam keadaan sihat-sihat belaka.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya dan
sekeluarga bercuti di kampung. Saya bercuti di kampung nenek pada cuti sekolah
yang lepas. Saya berada di kampung nenek selama lima hari.
Udara di sini sangat nyaman. Setiap pagi kedengaran burung berkicauan. Setiap
hari, datuk membawa saya dan adik ke dusunnya. Kebetulan pada masa itu ialah
musim buah-buahan. Di dalam dusun datuk terdapat pelbagai jenis buah-buahan
seperti durian, rambutan, pisang, manggis, dan lain-lain lagi. Saya dan adik
membantu datuk mengutip durian dan memetik rambutan. Kemudian, kami makan
buah-buahan dengan sepuas-puasnya.
Pada waktu petang, datuk membawa saya memancing ikan di tepi sungai yang
terletak di belakang rumah nenek. Selain itu, datuk juga mengajar saya membuat
layang-layang. Kemudian, kami bermain layang-layang di tanah lapang. Nenek juga
telah memasak lauk-pauk yang enak untuk kami. Oh, ya, adakah saudari pernah
pergi ke rumah nenek saudari?
Sampai di sini sahaja saya coretkan. Sampaikan salam mesra saya kepada keluarga
saudari.
Sahabatmu,
Gan Lin
No comments:
Post a Comment