Wednesday, September 30, 2015

PERIBAHASA DAN COGAN KATA UNTUK TEMA KARANGAN

COPY :http://subrato403.blogspot.my/2012/10/peribahasa-dan-cogan-kata-untuk-tema.html
Peribahasa dan Cogan Kata untuk Tema Karangan
Salam sejahtera,
Kepada anak-anak didik yang akan menduduki peperiksaan, berikut ialah peribahasa, cogan kata dan kata-kata hikmat yang bersesuaian dengan tema karangan.

01
. TEMA BUDAYA MEMBACA
·                      Ilmu pelita hidup
·                     Membaca jambatan ilmu
·                     Jauh berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan.
·                     Bangsa membaca bangsa berjaya
·                     Membaca memerdekakan minda.
·                     "Saya sanggup dipanggil sebagai pemboros kerana membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan saya untuk membeli buku". Mantan Perdana Menteri India - Nehru.
·                     Orang yang tidak membaca umpama katak di bawah tempurung.
·                     Socrates:"Bertambah banyak aku tahu, bertambah sedarlah betapa tololnya diriku".
02. TEMA SEMANGAT KEJIRANAN
·                     Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
·                     Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
·                     Muafakat membawa berkat.
·                     Tidak mahu menjaga tepi kain orang lain.
·                     Anak orang anak sendiri
·                     Beranak seorang mendidik ramai.
·                     Bagai aur dengan tebing
·                     Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
·                     Hamka:"Kalau anda memberi sesuatu kepada jiranmu,bermakna memberi sesuatu kepada dirimu sendiri". 
03.  AMALAN MENABUNG
·                     Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
·                     Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
·                     Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.
·                     Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
·                     Sediakan payung sebelum hujan.
·                     Ikut hati mati, ikut rasa binasa.
·                     Victor Hugo: "Tabungan adalah kebijaksanaan menghadapi bahaya".
04. PELANCONGAN
·                     Jauh perjalanan luas pengalaman.
·                     Budi bahasa budaya kita.
·                     Kecil tapak tangan, nyiru sama tadahkan.
·                     Negara Bersih, Rakyat Sihat .
·                     Datuk Seri Ng Yen Yen: Pada tahun 2010 seramai 2.2 juta pelancong telah melawat Malaysia; Perbelanjaan  RM6 bilion.
  05. KEMALANGAN JALAN RAYA
·                     Biar lambat asalkan selamat.
·                     Malang tidak berbau.
·                     Sudah terhantuk baru tengadah.
·                     Nasi sudah menjadi bubur.
·                     Alah bisa tegal biasa.
·                     Hadis Nabi: Sabar itu sebahagian daripada iman. 
06.  BANGUNAN BERSEJARAH
·                     Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
·                     Hanya jauhari mengenal manikam.
·                     Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
·                     Genggam bara api biar sampai jadi arang.
·                     Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
·                     Voltaire: "Sejarah manusia tak lain tak bukan hanyalah gambaran masa dahulu sebagai pengajaran masa sekarang.
07. KELUARGA
·                     Bapa borek anak rintik.
·                     Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
·                     Anak umpama kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika dilukis dengan warna pelangi, maka cerahlah masa depannya. Jika ditumpahkan dengan warna hitam, maka gelaplah masa depannya.
·                     Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
·                     Tidak mahu menjadi seperti kata peribahasa,'Ketam menyuruh anaknya berjalan lurus'.
·                     Ibu bapa sebagai  idola kepada anak-anak mereka.
·                     Peribahasa Bahasa Arab: 'Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu'.
08. NEGARA / CINTAKAN NEGARA / PATRIOTISME
·                     John F.Kennedy: "Jangan bertanya apakah sumbangan negara untuk anda. Sebaliknya bertanya apakah sumbangan anda untuk negara".
·                     Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
·                     Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
·                     Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
·                     Biar putih tulang, jangan putih mata.
·                     Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua.
·                     Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
·                     Seberkas lidi kuat kudratnya berbanding dengan sebatang lidi yang mudah dipatahkan.
·                     Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak terputus, tepung tidak berselerak.  


No comments:

Post a Comment

Latar Tempat Kompleks Sukan